Wednesday, April 14, 2010

Fuh...Masa yang mendebarkan

Hari ni merupakan 15hb iaitu tarikh keramat adik aku. Siang malam aku memikirkan apa akan berlaku. Tapi adik aku lagi orang paling takut,gemuruh,gementar dan sebagainya yang bermain difikirannya. Tapi sebagai kakak aku hanya mampu berdoa padaNya moga tiada apa yang akan berlaku sewaktu perbicaraan itu..dan semuanya akan berjalan lancar tanpa perlu penangguhan dan sebagainya..
***Aku baru saja menelefon adik aku untuk bertanyakan kes dia.Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar dan perbicaraan sudah pun selesai. Hanya(alhamdulillah) itu saja mampu aku luahkan. Sempat juga aku menyakat dia" lepas ni dah boleh kahwin lah"..dengan nada suara adik aku yang gembira"mestilah..heheheheh"...Sekarang hanya perlu menunggu tarikh keramat ke-2 saja iaitu pada 12hb June..Lepas ini semuanya akan selesai dan segala tanggungjawab aku sebagai kakak telah di ambil alih orang lain....