Thursday, June 30, 2011

TAk kU saNGKa..

Hari ini genap sebulan aku berada di "2nd shift". Selama aku berada di shift petang, aku tidak mempunyai masalah berkomunikasi dengan kengkawan baru yang sedangkan sebelum ini aku sering menganggap mereka sebagai orang yang SOMBONG semasa aku bekerja shift pagi dahulu. Rupa-rupanya sangkaan aku salah. Bak kata pepatah " Tak kenal, maka tak cinta". JiKa di bandingkan shift pagi, mood untuk aku bergurau senda amat terhad. Ini kerana aku takut jika gurauan aku akan membuatkan pihak lain tidak menyenanginya kecuali orang-orang tertentu yang rapat dengan aku yang boleh melayan karenah aku. Aku hanya akan bergurau bila perlu saja.
Jika diingat kembali semasa aku hendak di tukarkan ke shift petang, aku amat marah sekali pada manager aku! ( walaupun pada hakikatnya gaji shift petang lebih besar dari shift pagi ). tapi kini aku amat berterima kasih pada manager aku sebab menukarkan aku pada shift petang. Tak di sangka ada hikmah di sebalik penukaran shift aku.......