Wednesday, March 31, 2010

Rombongan Ke Kelantan (bhgn 2)

CORETAN SEBELUM MAJLIS AKAD NIKAH BERLANGSUNG

Akhirnya,sampai juga rombongan kami ke "Home Stay" yang di sediakan oleh keluarga pengantin perempuan. Sebaik tiba, semua berebut hendak menggunakan bilik air. Mana tidaknya,bayangkan lah dekat 24 jam tak mandi.Jadi terpaksalah bergilir-gilir menggunakan bilik air.Ada pula yang tak sanggup menunggu lama.Sampai kat belakang rumah pun jadi tempat mandi.Sesudahnya,sampai ke malam lah bilik air tu tak lekang dari pengunjung.
**Waktu malam pun dah hampir tiba,semua pun tengah sibuk menyiapkan diri untuk pergi ke majlis akad nikah yang diadakan di masjid. Sambil tu
sempat juga aku mengambil gambar dibuat kenangan.


SEKITAR MAJLIS AKAD NIKAH & PERSANDINGAN

Dengan sekali lafaz, sah lah Nor Hafiza telah menjadi isteri kepada Norhadi.. Tapi nak dijadikan cerita, naik cuak juga si Adi tu, sampai tangan pun jadi sejuk dan pucat. Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU.

Setelah selesai menghantar pengantin lelaki, kami pun terus balik ke Johor Bahru dengan harapan kali ini...moga-moga cepat sampai ke destinasi yang dituju.......
SELAMAT TINGGAL KELANTAN...PEACE.....

Tuesday, March 16, 2010

Rombongan ke Kelantan (BHGN 1)



**Seperti yang di janjikan..dah ramai orang berkumpul di hadapan rumah mentua aku tapi tunggu punya tunggu bas pun belum tiba lagi..janji kul 8.30 mlm..tapi sampai 9.30 mlm bas pun belum tiba lagi. Oleh kerana bas lambat sangat sampai...aku bertolak dari kampung terlebih dahulu berbanding rombongan yang akan mengikut bas kerana aku perlu mengisi perut kereta (minyak)dan akan menunggu mereka di Ledang Height. Disamping itu, sempat juga aku membeli makanan ringan untuk bekalan sepanjang perjalanan nanti dan singgah ke kedai aksesori kereta membeli stiker P untuk di tampal di cermin kereta ..Sementara menunggu yang lain..sempat juga aku,suami,adik2 n anak2 berposing dalam kereta..
**Setelah menunggu selama setengah jam..akhirnya bas pun tiba dan kami pun mengekori dari belakang bas kerana suami aku tak tahu jalan nak pergi Kelantan..
**Sepanjang perjalanan,aku hanya sempat melelapkan mata sekejap saja kerana aku takut suami aku tertidur semasa memandu..dan menunggu sekiranya dia memerlukan khidmat aku untuk menggantikannya...tapi aku tabik suami aku..selama 15 jam perjalanan dari johor bahru ke Kelantan..dia langsung tidak memerlukan khidmat sesiapa pun..ada juga dia memerlukan khidmat adik aku setelah sampai di kelantan tapi dia pula tak berkenan cara adik aku memandu..jadi terpaksalah suami aku menyambung semula pemanduannya..
**Sepatutnya dalam masa 15 jam tu..kami dah pun sampai di salah satu rumah famili pengantin perempuan tapi semua rombongan itu ingin berjalan-jalan terlebih dahulu di sekitar kelantan.Kalau di ikutkan hati memang penat tak terkata dan ada yang sampai muntah kerana perjalanan yang agak jauh,meletihkan dan selama perjalanan itu juga semua rombongan belum mandi lagi.Itulah sebabnya kebanyakan mereka muntah oleh kerana tak selesa..