Tuesday, December 29, 2009

Kejutan Hari Jadi..

Tepat pukul 12tgh mlm.Segala persiapan telah pun dibuat untuk mengenakan Ryn sempena hari jadinya.Seperti yang telah di rancang, aku standby dengan camera video,Along pula pegang kek,adik lelaki aku standby dekat suis lampu,suami aku pula bersembunyi di dalam bilik air dan Aiman pula ditugaskan untuk mengejutkan Ryn bangun dari tidur.Aku tahu dia mesti dah terlena sebab sebelum tu aku ada menjenguk ke bilik dia.Masa tu aku tengok dia tengah main SMS dengan ehem..ehem....Aku pun menyuruh Aiman masuk ke dalam bilik panggil Ryn,tapi Aiman keluar dari billik Ryn dengan perasaan hampa.Aiman cakap kat aku "ibu,Mak Ucu tak nak bangun.Aiman dah kejut banyak kali tapi Mak Ucu tak nak bangun juga.Ibu pergi kejut Mak Ucu je lah."Kami terpaksa tukar rancangan.Aku pula yang masuk bilik kejutkan Ryn."Ryn..Ryn...bangun.Zakiah datang cari kau ni.Padahal Zakiah tu langsung tak datang rumah pun.Aku saja sebut nama Zakiah agar dia boleh bangun cepat kerana Zakiah tu adalah kawan baiknya.Cepatlah keluar.Akak tengok dia nangis teresak-esak.!"Dengan keadaan Ryn yang separuh sedar, Ryn pun bangun dari tidur dengan rambut yang kusut masai.Sebaik saja dia keluar dari bilik,adik lelaki aku pun terus hidupkan suis lampu dan suami aku pun meluru keluar dari bilik air dan terus menyimbah air.Apalagi Ryn pun terkejut beruk..Kami pun terus menyanyikan lagu "Happy Birthday"..Aku rasa mesti Pak Guard kat bawah rumah aku tu terkejut mendengar kami serumah menjerit.Apa-apa hal pun kami semua sangat gembira pada malam tu.Aku doakan moga adik aku(Ryn) dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Aminnnn...

Friday, December 25, 2009

Kali ni Pak Tam kenakan aku lagi.Adakah patut dia kata kat Effa yang aku pernah ambil cuti selama 2 minggu pergi bomoh untuk minta di naikkan gaji.Apa bodoh punya Pak Tam tu!!Kalau betul aku jumpa bomoh lebih baik aku minta kat bomoh tu supaya aku jadi kaya raya.Pak Tam tu memang sengaja nak buat Effa benci kat aku. Lepas tu dia cakap kat Effa"aku(Pak Tam) kerja kat sini dah 10 tahun tapi gaji aku tak sama dengan Rose.Rose kerja tak sampai 6 tahun tapi basic gaji dekat RM 2000."Tapi setahu aku Pak Tam kerja kat company aku pun belum sampai 7 tahun dan kenapa pula dia cakap yang dia dah kerja 10 tahun?Memang dasar penipu!Nasib baik Effa bela aku.Dia cakap kat Pak Tam tu"Rose tu ada Diploma dan memang patut pun dia dapat gaji macam tu."Wah,kalau betul gaji aku dekat RM 2000 dah lama aku tukar Toyota'Vios'(kereta lama) aku tu.Bila aku cerita kat semua orang pasal Pak Tam cakap yang aku jumpa bomoh semata-mata nak gaji naik,semua tergelak besar terutama suami aku.Lepas tu Pak Tam juga cakap yang aku dan Choo bukannya ada kerja nak di buat.Asyik chatting kat Internet saja dan semua kerja kami suruh Effa buat.Aku macam nak lempang mulut si itam tu.Nak saja aku jumpa si itam tu untuk menanyakan apa yang dia tidak puas hati kat aku tapi memandang Effa dah merayu supaya aku tidak menanyakan hal ini pada si itam tu. Bila fikir-fikir balik,dia tu memang kaki putar belit,kaki ampu bos dan macam-macam lagi lah.Dia sanggup tikam orang dari belakang untuk memuaskan hatinya.

Wednesday, December 16, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah..itu saja ucapan yang terkeluar dari mulut aku.Akhirnya masalah yang timbul di antara pembantu(Effa) aku dah pun selesai.Persoalan yang bermain di fikiran aku dah pun terjawab.Aku tidak menyangka yang rakan sekerja aku sanggup menikam aku dari belakang dan memburukkan nama aku pada Effa. Kalau orang yang memburukkan aku itu seorang perempuan aku rasa itu sudah lumrah tapi yang mengata aku dari belakang adalah seorang lelaki yang memang tidak tahu malu langsung. Tapi,semua staf kat tempat kerja aku memang sudah tahu akan perangai Pak Tam ini. Cuma Effa saja belum kenal siapa sebenarnya Pak tam ini kerana Effa belum sampai sebulan bekerja di mana aku bekerja.Aku lebih suka panggil dia Pak Tam kerana ada maksud disebalik nama itu. Aku menjadi hairan kenapa Effa tiba-tiba saja nak berhenti kerja sedangkan dia langsung tidak menunjukkan rasa tidak puas hati semasa bekerja. Tapi,yang peliknya bila aku panggil dia datang ke pejabat aku ataupun ingin meyuruh dia membuat sesuatu,dia asyik meninggikan suara seolah-olah aku ni ada buat salah kat dia. Sehinggalah bos aku panggil aku masuk ke pejabat dia untuk menanyakan tentang surat perletakan jawatan yang Effa telah berikan.Bos aku beritahu kat aku yang tujuan dia nak berhenti semua disebabkan aku.Aku menjadi pelik Aku cakap kat bos aku yang aku tak kisah pun kalau dia nak berhenti.Aku boleh cari staf yang baru untuk menggantikan Effa.Tapi,pada masa itu hanya Tuhan saja yang tahu betapa marahnya aku pada Effa.Sehinggalah pada keesokan harinya bos aku memanggil aku dan juga Effa untuk berbincang. Masa dalam perbincangan itu aku marah yang teramat sangat dan menunjukkan rasa ketidak puasan aku pada Effa dan Effa pun bersikap yang sama. Aku cakap kat Effa "kalau kau nak berhenti aku pun tak kisah.Sepatutnya kau kena berbincang dengan aku dulu apa yang berlaku.Ini tidak,kau terus saja membuat keputusan sendiri".Selepas aku cakap macam itu,aku pun beredar dan aku pesan kat Effa supaya datang ke pejabat aku.Selang 5 minit,Effa pun masuk ke pejabat aku.Aku dengan rasa tidak puas hati lagi menanyakan bahawa kenapa dia rasa tidak puas hati terhadap aku.Effa pun menceritakan hal sebenar kenapa dia sangat marah kat aku.Setelah mendengar pengakuan dari Effa,aku terus tergelak dan Effa pun rasa hairan dengan perangai aku."Hah!Pak Tam tu cakap macam tu ke"?Effa pun mengangguk.Adakah patut Pak Tam tu mengata aku yang aku ini suka membuli Effa dengan meyuruh dia membuat kerja yang sepatutnya bukan kerja dia.Rakan sepejabat aku yang mendengar pun turut tergelak.Aku dan rakan sepejabat aku pun memberitahu kat Effa siapa sebenarnya Pak Tam itu.Setelah mendengar penjelasan aku itu,Effa pun terus meminta maaf atas apa yang berlaku. Aku pesan kat Effa supaya dia lebih behati-hati terhadap Pak Tam itu.Mujurlah Effa tidak jadi berhenti.Kalau tidak cuak juga aku dibuatnya.Kalau nak cari staf baru memang senang tapi yang nak mengajar tentang selok belok pasal akaun aku juga yang susah.

Thursday, December 10, 2009

Akhirnya.. Impian Tercapai

Lepas saja makan malam,aku ajak adik aku pergi Plaza Angsana.Lagipun kalau duduk dirumah aku rasa bosan sangat.Aku beritahu suami aku pasal hasrat aku nak pergi Plaza Angsana.Suami aku tak jawab pun pertanyaan aku sebab dia tengah asyik main playstation.Tapi aku tahu yang dia dengar apa yang aku cakap tadi cuma dia malas nak layan karenah aku.
Aku tanya sekali lagi,tapi belum ada jawapan.Aku sengaja lalu lalang kat depan dia supaya dia jawab pertanyaan aku.Akhirnya suami aku pun buka juga mulutnya yang berat sangat nak jawab permintaan aku tadi.Aku tanya sekali lagi"abang,jom kita pergi Angsana?"Lepas tu dia tanya aku"ala,malaslah nak pergi Angsana!"Aku cepat-cepat keluar dari bilik lalu menyuruh adik aku bersiap sedangkan suami aku dah pun cakap yang dia malas nak keluar rumah.Tapi aku tahu suami aku tu mulut saja cakap macam tu.Aku sengaja suruh adik aku bersiap dan aku pun bersiap juga supaya bila dia tengok aku dan adik dah bersiap pasti dia akan pergi sekali.Akhirnya permintaan aku dipenuhi..hehehe..Bila aku menjengah ke bilik,aku tengok suami aku pun dah bersiap.Dengan senang hati aku menyuruh anak-anak aku shutdown komputer dan matikan TV kerana pada masa tu Along(anak perempuan)tengah sibuk main komputer dan Aiman(anak lelaki) pulak tengah kusyuk tengok cartoon.

Tujuan sebenar aku nak pergi Plaza Angsana adalah semata-mata nak survey baju untuk adik aku pakai masa bertunang nanti.Sebab setahu aku,kat Plaza Angsana memang banyak pilihan.Sampai saja kat Angsana,suami aku turunkan kami kat depan pintu masuk.Sementara menunggu suami aku parking kereta,aku sempat juga masuk ke salah satu kedai yang menjual pelbagai jenis baju.Aku dan adik aku amat tertarik dengan ssepasang baju yang sesuai di pakai semasa majlis pertunangan itu nanti.Kebetulan pada masa itu,ada orang lain sedang mencuba baju tersebut.Aku tanya pada wanita itu"berapa harga sepasang baju ni?"lalu dia pun membalas pertanyaan aku."Baju ini berharga RM650 sepasang"Alangkah terkejutnya aku bila mengetahui harga sepasang baju itu. Adik aku pun melupakan niatnya untuk membeli baju tersebut.Lantas itu,kami pun beredar dari kedai tersebut. Aku call suami aku sama ada dia dah dapat parking kereta atau tidak dan aku tanya sekali sama ada dia nak ikut aku survey baju .Nasib baiklah dia cakap kat aku dia tak nak ikut.Kalau tidak..pasti dia akan boring.

Dari satu kedai ke satu kedai aku mencari tapi semuan harga tidak sesuai dengan budget yang kami ada. Kami pun melupakan niat untuk membeli baju pada malam itu.Adik aku mengajak aku pergi kedai yang menjual bahan-bahan untuk membuat barang hantaran. Sebelum ini,aku pun ada survey  kedai barang hantaran di Taman Perling. Bila aku bandingkan harga,aku rasa harga di Plaza Angsana murah sedikit jika dibandingkan dengan di Taman Perling.Tanpa berfikir panjang,aku pun terus membeli bahan-bahan yang aku perlukan untuk membuat barang hantaran adik aku nanti.Yang kelakarnya,pilih punya pilih sambil di bantu pekerja kedai itu,masa aku nak pergi kaunter pembayaran,rupa-runya duit kat dalam wallet aku cuma ada RM 10 sahaja..hehehe..Nasib baiklah aku ada ATM card. Kalau tidak malu aku di buatnya..hehehe..Aku cakap kat adik aku yang dia kena berkorban dari tingkat 3(kedai)turun ke bawah ambil duit kat mesin ATM.Mulanya dia agak malas nak pergi.Aku paksa juga dia pergi kerana yang nak bertunang tu dia bukannya aku..hi..hihi..

Setelah selesai membeli bahan-bahan untuk membuat hantaran,kami pun ingin terus pulang kerana semua kedai kat Plaza Angsana dah nak tutup. Masa dalam perjalanan nak turun ke tingkat bawah, hati aku terdetik nak singgah semula ke kedai baju yang pertama kami kunjungi tadi. Aku tengok pekerja di kedai itu tengah berkemas nak tutup kedai. Nasib baiklah tuan punya kedai sudi melayan kami. Aku tanya sekali lagi harga baju tapi baju yang lain dari baju yang kami berkenan itu.Tapi nak buat macam mana,budget kami kecil,barang-barang bertunang belum lagi beli dan masa bertunang pun dah nak dekat kenalah berjimat sikit..Selepas menanyakan harga baju yang murah itu,aku menanyakan sekali lagi harga baju yang kami berkenan tadi.Syukur alhamdulillah....rupa-rupanya baju tu ada lagi yang lebih murah. Masa pertama kali aku tengok baju tu,baju kebaya itu agak panjang sampai ke paras lulut(bahagian belakang baju).Kalau panjang baju tu sampai paras punggung harganya murah sedikit.Tanpa berfikir panjang,aku pun panggil adik aku untuk mencuba baju tersebut.Baju tu memang cantik lebih-lebih lagi kalau aku yang pakai baju tu .Dah macam Miss Kampung hehehe...Aku pesan kat adik aku supaya diet sikit....takut baju tu tak muat nanti.Aku juga membeli selendang sedondon dengan baju tadi. Setelah selesai membuat bayaran,kami pun balik dengan hati yang senang.

Wednesday, December 9, 2009

Alahai...

Semalam adalah hari yg paling membosankan untuk aku. Lepas jer balik dari kerja, aku ingat nak pergi kipmart beli lauk untuk aku masak makan malam.Dalam perjalanan balik dari tempat kerja,tiba-tiba tekak aku terasa loya dan nak muntah.Mungkin aku tak makan tengahari tadi kot dan perut aku kosong.Lepas tu aku ubah fikiran pulak.Aku ingat nak makan kat luar jer.So, tak payah nak fikir nak masak apa untuk malam ni. Sampai jer kat Jusco Taman Universiti,suami kesayangan aku dah pun terpacak kat depan pintu Jusco untuk membawa aku ke pasaraya kipmart.Aku cakap kat dia yang aku rasa malas pulak nak masak malam ni.Suami aku pun akur dengan keputusan aku ini.Lepas tu kami pun beredar dari Jusco n pergi ke Childcare untuk mengambil anak-anak aku sementara menunggu adik perempuan aku balik dari kerja kerana kalau aku makan kat luar aku akan tunggu adik aku.Sementara tunggu adik aku balik dari kerja, tiba-tiba 'mood'aku bertukar.Aku terasa nak makan kat umah jer.Suami aku lagi suka kalau aku masak.Bila dah sampai umah,aku terus menjengah kat dapur lalu membuka 'refrigerator'.Aku tengok kat dalam refrigerator tak ada lauk pun yang nak di masak.Mujurlah ada telur masin,ikan masin & sayur kailan.Dapatlah aku masak 3 jenis bahan tadi. Nak di jadikan cerita,semua bahan yang aku nak masak jenis yang masin-masin belaka.Nasib baiklah suami aku tak complain.Biasanya kalau aku masakkan aku masin,suami aku akan hilang selera nak makan.Nasib baiklah dia tak kata apa-apa.Aku risau jugak makanan yang aku masak tu tak habis...

Tuesday, December 8, 2009

BORINGGGG!!!

huh!!!mengeluh aku d buatnya!!hari ni adalah hari yg paling membosankan. Kalau d ikutkan hati,aku teringin nak balik umah tido..tapi apakan daya aku ni hanyalah makan gaji saja..bila aku fikir2 balik buat apa aku nak balik umah?.Kalau aku balik umah pun dah tentunya gaji aku kena potong.Lebih baik aku stay jer n dok rehat kat opis. Bukannya ada orang tau pun.Lagipun kat opis tinggal aku seorang jer.Rakan opis aku pulak kuar ikut bos.Kalau rakan sebilik aku ada pun aku rasa dia pun akan rasa macam mana aku rasa.hehehe..dah tentu kedua-duanya akan dok sembang sambil makan gaji buta..hehehe..Yang ada bertemankan aku hanyalah Kak Abby Fana jer..nasib baiklah Kak Abby ada yang sudi menemani aku..oppsss..bukan aku seorang jer tapi pendengar radio SINAR FM...kekadang tu aku terasa nak nyanyi pun ada.Tapi aku takut pulak opis sebelah(department lain)akan dengar suara ku yang merdu bak buluh betung ni..ahhh!!lupakan jer lh pasal niat nak nyanyi tu..Lebih baik aku fikir nak makan apa petang ni sebab perut aku dah mula nyanyi lagu keroncong buat ROSE...