Sunday, July 18, 2010

MaAFkAN aKU...

Sebagai seorang yang bergelar ....., aku ingin memohon maaf kerana telah terkasar bahasa yang mungkin telah melukakan hatimu. Ketahui lah bahawa aku tidak berniat untuk melukakan hatimu. Tapi keadaan telah memaksa aku berbuat demikian agar kau sedar akan kata-kata  mu yang telah menguris hati dan perasaan ku sebagai seorang ...... Demi Allah,aku amat menyayangi mu dunia akhirat! Tiada ungkapan lain yang bermain di fikiranku kerana sejak aku lahir di muka bumi ini,aku amat menghormatimu dan menyayangimu kerana kau adalah orang diantara orang-orang yang aku sayangi. Kalau setakat menyayangiku hanya semata-mata...baik lupakan saja. Mungkin aku tidak semampu itu. Kalau kau telah membenci ku,aku redha dengan keputusanmu.Aku hanya mampu berdoa kepadaNya moga kau terus sihat dan dipanjangkan umur.Biarlah Tuhan cabut nyawaku terlebih dahulu kerana aku tidak sanggup melihat orang-orang yang aku sayangi pergi di depan mataku.

rINdu sERinduNYA

Rindunya aku kepada orang tua ku yang berada nun jauh disana. Bapa,mama, aji(nenek), atuk, makcik(mak tiri) & adik-adik ku.Apa khabar mereka sekarang? walaupun pada hakikatnya mereka sering menghubungi ku dan mengatakan mereka sihat walafiat. Tapi tidak sama kalau mereka berada di depan mata. Kalau boleh aku ingin mereka tinggal dekat denganku.

BAPA..semua sms yang bapa telah hantarkan kepadaku telah ku simpan buat kenangan. Aku akan ingat sampai bila-bila. Aku tidak menyangka sms mu itu boleh membuatkan  hatiku sebak serta terharu. Walaupun sampai sekarang otak aku dah macam di set kan dan boleh menghafal setiap perkataan yang ada dalam sms mu itu. Setiap kali membaca sms mu itu pasti aku akan menangis bercampur gembira kerana kau telah luahkan segala yang bermain di fikiranmu.




MAMA..bila mendengar lagu NAFAS CINTA,hatiku pasti akan menjadi sebak dan pilu. Sekarang ini hubungan kita dah pun semakin akrab. Selama kau tinggal denganku walaupun seketika, aku amat  merasakan saat-saat bahagia ketika bersamamu. Aku amat merinduimu. Barulah sekarang aku merasakan kasih sayang seorang ibu walaupun sebelum ini aku tidak pernah merasakan. Walaupun pada hakikatnya kita pernah dipisahkan. Aku amat merindui jeritan yang sering ku lemparkan bila mencari sesuatu barang yang ingin aku pakai sedangkan hakikatnya aku tidak pun mencari sendiri barang kepunyaanku. Mesti aku akan mencari mak juga untuk mendapatkannya.Masa itu jugalah aku dapat bermanja dengan ibu ku sendiri.

AJI...nama itulah yang sering aku panggil sedangkan hakikatnya dia adalah nenek yang selama ini menjaga ku dari kecil sehingga dewasa. Dia jugalah merupakan doktor ku yang sering merawat ketika aku dalam kesakitan. Dia juga doktor gigi yang sering mencabut gigi ku sendiri. Dia juga lah tempat ku menangis,meluahkan perasaan di kala aku kesedihan Memberikan ku pendidikan agar jadi manusia berguna. Orang di sekeling sering memberikan pandangan negatif terhadapku tapi hanya nenek ku menjadi pendorong ku dan akan menasihatiku supaya jangan pedulikan apa mereka kata. Banyak kenangan manis sepanjang aku bersamanya. Suka duka di berkongsi bersama. Kasih sayangnya serta pengorbanannya yang telah kau curahkan kepadaku tidak mampu untuk aku membalasnya. Tapi aku bersyukur, umurnya masih panjang dan masih diberikan kesihatan yang baik.

Wednesday, July 7, 2010

Puteri Habour

Setelah balik dari rumah pengantin lelaki, kami pun bersiap-siap hendak pergi membawa famili aku jalan-jalan sekitar Puteri Harbour.

Tuesday, July 6, 2010

Majlis Bertingkuang

Setelah selesai majlis perkahwinan sebelah pihak perempuan, kini tiba pula pihak lelaki buat Majlis Bertingkuang dan kata erti lain majlis menyambut menantu.
   Bukan seperti keluarga pihak lelaki yang ramai datang ke kampung aku untuk memeriahkan majlis. Aku hanya mengundang orang-orang tua terdekat saja sebab bajet aku tidak cukup.Tapi yang hanya datang cuma mak,mak uda,nenek,makcik,pakcik .Cuma sepupu aku yang sanggup datang dengan bajet sendiri. Malangnya,bapa,atuk & makcik aku iaitu orang kuat masa majlis perkahwinan adik aku tidak dapat datang disebabkan masalah yang tidak boleh di elakkan.
  Alhamdulillah..sampai juga mereka ke Johor Bahru dan juga keteratak buruk aku. Nenek & mak aku dah pernah datang JB.Cuma makcik & pakcik aku belum pernah menjejakkan kaki ke Johor Bahru. Aku harap mereka selesa tinggal di rumah aku yang tidak seberapa itu.
  Kini tiba pula majlis bertingkuang. Famili aku cukup teruja ingin melihat adat perkahwinan orang Johor kerana sebelum ini mereka pernah mendengar cara & adat di Semenanjung dan Sabah tidak sama. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar. Mereka memang rasa ada kelainan kerana pihak pengantin akan di hiburkan dengan silat sebelum ke pelamin & juga ada makan beradab.Di Sabah tidak ada seperti itu. Kalau yang ada itu pun tengok suku kaum masing-masing kerana lain suku kaum lain juga adat mereka.
  Apa yang mengelikan hati aku sepanjang majlis itu berlangsung, aku agak hairan kenapa famili aku tidak mahu memakan telur yang di berikan oleh pihak pengatin lelaki.Langsung aku bertanya pada salah seorang makcik aku. " mak,(makcik pun aku panggil mak) nape tidak makan telur tu?. "lantas makcik aku menjawab dengan nada yang agak perlahan kerana takut di dengari oleh tuan rumah. "Telur ni tidak boleh makan sebab telur dah busuk!" aku pun ketawa terbahak-bahak. "Mak,telur ini bukannya busuk tapi warnanya memang macam tu sebab telah di rebus dengan ramuan lain.Rasanya pun sungguh sedap.Apakata mak rasa dulu telur ni?." Makcik aku yang rasanya agak pelik dan dia pun mencuba juga telur itu." wah,sedapnya rasa telur ini!".Selepas itu dia pun memberitahu famili aku yang lain.Baru lah mereka makan telur itu. Aku tengok mereka sangat gembira sepanjang majlis itu berlangsung.
  Ada satu perkara lagi yang menggelikan hati aku. Pada sebelah malamnya,aku agak pelik lihat famili aku sedang sibuk bersiap macam hendak pergi berjalan-jalan. Tapi tidak pula terdetik di hati aku untuk bertanya kerana pada masa itu aku tengah sibuk menonton rancangan kegemaran aku. Tiba-tiba mak aku pula yang bersuara. "oi makcik,dah pukul berapa ni,kau belum lagi bersiap?!" Aku pun pelik sambil famili aku yang lain sedang memperhatikan gelagat aku. " Buat apa nak bersiap dan hendak pergi mana?" Famili aku merenung kearah aku dengan pandangan yang agak pelik. "kita kan nak pergi umah pengantin lelaki untuk malam parti!" Aku pun tergelak besar. "hahahahaha....aku minta maaf lah sebab aku lupa nak beritahu yang kebiasaannya orang semenanjung tidak buat malam parti macam kita di sabah!"  Mak tiri aku pula mencelah."Jadi kalau pihak lelaki tidak buat malam parti,kenapa masih ada band boy?" Aku pun menjawab."Orang kat sini akan datang ke rumah pengantin untuk tengok orang menari,menyanyi...hahahahaha". Famili aku memarahi aku dengan menyalahkan aku kerana tidak memberitahu mereka. Tapi mereka marah-marah sayang je kat aku. Makcik-makcik aku pun terus menanggalkan baju dan tukar kain batik dan terus angkat tilam . Konon nak mogok kat aku lah tu.Tapi semangat mak,pakcik dan sepupu aku tidak berkubur begitu saja. Mereka teruja nak pergi tengok orang menari.Aku dan suami akan pergi lambat sikit sebab ingin menunggu rancangan secara langsung Mentor. Pakcik & sepupu aku pun telah pergi. Mak aku terpaksa menunggu kami selesai menonton rancangan Mentor baru akan pergi. Aku lihat makcik-makcik & nenek aku yang kecewa dengan aku itu telah pun di buai mimpi-mimpi indah.