Thursday, June 30, 2011

TAk kU saNGKa..

Hari ini genap sebulan aku berada di "2nd shift". Selama aku berada di shift petang, aku tidak mempunyai masalah berkomunikasi dengan kengkawan baru yang sedangkan sebelum ini aku sering menganggap mereka sebagai orang yang SOMBONG semasa aku bekerja shift pagi dahulu. Rupa-rupanya sangkaan aku salah. Bak kata pepatah " Tak kenal, maka tak cinta". JiKa di bandingkan shift pagi, mood untuk aku bergurau senda amat terhad. Ini kerana aku takut jika gurauan aku akan membuatkan pihak lain tidak menyenanginya kecuali orang-orang tertentu yang rapat dengan aku yang boleh melayan karenah aku. Aku hanya akan bergurau bila perlu saja.
Jika diingat kembali semasa aku hendak di tukarkan ke shift petang, aku amat marah sekali pada manager aku! ( walaupun pada hakikatnya gaji shift petang lebih besar dari shift pagi ). tapi kini aku amat berterima kasih pada manager aku sebab menukarkan aku pada shift petang. Tak di sangka ada hikmah di sebalik penukaran shift aku.......

Wednesday, May 11, 2011

yANg tERinDAH HanYA SEMentAra

Suasana yang sunyi serta di buai dengan lagu-lagu yang menusuk kalbu telah membuatkan hati aku tersentuh. Aku rindu kenangan masa dulu. Semuanya indah belaka cuma sekali-sekala saja hati ini terluka. Tapi aku harus sedar bahawa YANG TERINDAH ITU HANYA SEMENTARA. Biarlah segala kenangan suka dan duka tersemat di dalam hati ini sampai hujung nyawa.
Dugaan demi dugaan aku lalui. Apa perlu aku buat?.Nak bersedih? nak gembira? semua itu tak bermakna bagiku.Apa yang aku inginkan dalam hidup ini adalah ketenangan serta kebahagiaan.Tapi...bila boleh aku kecapinya?.atau mungkin aku takkan ataupun tidak sempat merasainya sampai bila-bila.Kalau begitu elok aku pergi buat selamanya kerana dari situ titik noktah kehidupan aku akan berakhir. Tidak perlu menyusahkan orang lain yang asyik memikirkan akan perihal aku. Tapi.........kalau aku pergi, bagaimana pula nasib mereka yang masih memerlukan kasih sayang dari aku??..arrggghh..buntu di buatnya!!!Aku tidak sanggup insan yang aku sayangi mendapat kasih sayang dari orang lain kerana aku takut mereka tidak dapat kasih sayang yang ikhlas seperti mana kasih sayang yang aku berikan kepada mereka..Tapi itu semua ketentuanNYA.Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukannya.Aku sebagai hambaNya hanya berserah serta mendoakan tang terbaik untuk mereka dunia dan akhirat. Aminnn...

Monday, April 18, 2011

rODa kEHIDuPAN

Hidup ini bagai ibarat roda. Adakalanya di atas, adakalanya di bawah. Gembira..menangis..bersedih dan bermacam-macam lagi. Inilah di namakan RODA KEHIDUPAN.


Sedih hati sedih, pedih sangat pedih

Cobaan tumpang-tindih silih berganti
Luka hati luka, dalam sangat dalam
Air mata jangan tertumpahkan
Apa pun derita, apa pun sengsara
Kucoba tersenyum dan tersenyum lagi
Roda kehidupan dunia berputar
Mewarnai nasib manusia
Suka dan terkadang duka
Dalam kehidupan dunia
Tiada insan yang bebas dari cobaan
Baik bagi si Suami
Baik bagi Isteri
Lain orang lain ujian
Itulah keadilan Tuhan

Sunday, April 17, 2011

hATiNYa TErlUKa?

Apa harus aku buat? Bagaimana mana aku nak menghiburkan hatinya yang terluka? aku bukanlah seorang pelawak yang boleh menghiburkan hati orang. Aku cuma manusia biasa yang rendah darjatnya. Aku tak ingin dirinya terluka dan terus terluka. Aku cuba membuatkan dirinya bahagia? tapi bagaimana? aku ingin dia gembira sepanjang hidupnya di samping keluarga tercinta. Aku lebih rela hidup merana dari melihatnya terus terluka. Tapi mungkin aku tak sebaik yang disangkakan. Tanpa dia mungkin hidup aku tak sebahagia sekarang. Walaupun pada hakikatnya aku sering disalah tafsir. Mungkin pada fizikal orang pasti akan pandang rendah pada aku tapi pada zahirnya cuma ALLAH saja yang tahu maksud tersirat di dalam hati. Maafkan lah segala kekurangan yang ada pada diri aku ini. Aku tidak sempurna seperti yang kau inginkan tapi bagi aku kau adalah insan yang cukup sempurna dan boleh jadi pemimpin yang baik suatu hari nanti. Aku ingin terus hidup bersamamu sehingga hujung nyawa.

Monday, October 18, 2010

duGaaN dEmi dUgaAN

Ya Allah, Ya Tuhanku...inikah dugaan yang terpaksa kami tempuhi...tapi kami redha dengan setiap dugaan yang Kau berikan. Sampai bila jiwa ini terus bergelora?????Jahat kah kami?????Tapi sampai bila harus bertahan????..setiap kali bersedih..adakah orang ingin mendengar rintihan???hanya peneman setia yang mungkin bisa mendengar segala kekusutan melanda.......!!kau???nasib kita sama... siapa yang memulakan permusuhan ini..??kami hanya menegur..tapi itu pun salah ke?

Satu masalah belum selesai...satu lagi datang menimpa..selama ini kami hanya berdiam dan pendam perasaan...yang paling aku sedih bila melihat orang yang ku sayangi bersedih sehingga menitiskan airmata yang sekian lama tertanggung...sampai bila dia perlu bersedih walaupun pada luarannya dia nampak ceria??tapi hakikatnya..sampai bila hendak mememdam perasaan??kenapa dia tidak di hormati??sedangkan dia yang lebih tua dari yang lain. Mungkin dia hanya sedar yang hidupnya bukan sesenang macam orang lain...bukan di pinta kehilangan..tapi apa harus kami lakukan? perlukah kami mengantikannya???sedangkan bukan kehendak kami???setiap kali ungkapan yang sama terkeluar dari mulut??sampai bila perlu bertahan???

Tapi tidak mengapa..mungkin sudah menjadi suratan takdir..kami redha akan ketentuan-Nya. Mungkin hari ini hari kami......^ ^ ^

Tapi yang pasti aku amat mengesali apa yang berlaku...walaupun bukan mudah untuk ku memaafkan apa yang berlaku..

Sunday, July 18, 2010

MaAFkAN aKU...

Sebagai seorang yang bergelar ....., aku ingin memohon maaf kerana telah terkasar bahasa yang mungkin telah melukakan hatimu. Ketahui lah bahawa aku tidak berniat untuk melukakan hatimu. Tapi keadaan telah memaksa aku berbuat demikian agar kau sedar akan kata-kata  mu yang telah menguris hati dan perasaan ku sebagai seorang ...... Demi Allah,aku amat menyayangi mu dunia akhirat! Tiada ungkapan lain yang bermain di fikiranku kerana sejak aku lahir di muka bumi ini,aku amat menghormatimu dan menyayangimu kerana kau adalah orang diantara orang-orang yang aku sayangi. Kalau setakat menyayangiku hanya semata-mata...baik lupakan saja. Mungkin aku tidak semampu itu. Kalau kau telah membenci ku,aku redha dengan keputusanmu.Aku hanya mampu berdoa kepadaNya moga kau terus sihat dan dipanjangkan umur.Biarlah Tuhan cabut nyawaku terlebih dahulu kerana aku tidak sanggup melihat orang-orang yang aku sayangi pergi di depan mataku.

rINdu sERinduNYA

Rindunya aku kepada orang tua ku yang berada nun jauh disana. Bapa,mama, aji(nenek), atuk, makcik(mak tiri) & adik-adik ku.Apa khabar mereka sekarang? walaupun pada hakikatnya mereka sering menghubungi ku dan mengatakan mereka sihat walafiat. Tapi tidak sama kalau mereka berada di depan mata. Kalau boleh aku ingin mereka tinggal dekat denganku.

BAPA..semua sms yang bapa telah hantarkan kepadaku telah ku simpan buat kenangan. Aku akan ingat sampai bila-bila. Aku tidak menyangka sms mu itu boleh membuatkan  hatiku sebak serta terharu. Walaupun sampai sekarang otak aku dah macam di set kan dan boleh menghafal setiap perkataan yang ada dalam sms mu itu. Setiap kali membaca sms mu itu pasti aku akan menangis bercampur gembira kerana kau telah luahkan segala yang bermain di fikiranmu.




MAMA..bila mendengar lagu NAFAS CINTA,hatiku pasti akan menjadi sebak dan pilu. Sekarang ini hubungan kita dah pun semakin akrab. Selama kau tinggal denganku walaupun seketika, aku amat  merasakan saat-saat bahagia ketika bersamamu. Aku amat merinduimu. Barulah sekarang aku merasakan kasih sayang seorang ibu walaupun sebelum ini aku tidak pernah merasakan. Walaupun pada hakikatnya kita pernah dipisahkan. Aku amat merindui jeritan yang sering ku lemparkan bila mencari sesuatu barang yang ingin aku pakai sedangkan hakikatnya aku tidak pun mencari sendiri barang kepunyaanku. Mesti aku akan mencari mak juga untuk mendapatkannya.Masa itu jugalah aku dapat bermanja dengan ibu ku sendiri.

AJI...nama itulah yang sering aku panggil sedangkan hakikatnya dia adalah nenek yang selama ini menjaga ku dari kecil sehingga dewasa. Dia jugalah merupakan doktor ku yang sering merawat ketika aku dalam kesakitan. Dia juga doktor gigi yang sering mencabut gigi ku sendiri. Dia juga lah tempat ku menangis,meluahkan perasaan di kala aku kesedihan Memberikan ku pendidikan agar jadi manusia berguna. Orang di sekeling sering memberikan pandangan negatif terhadapku tapi hanya nenek ku menjadi pendorong ku dan akan menasihatiku supaya jangan pedulikan apa mereka kata. Banyak kenangan manis sepanjang aku bersamanya. Suka duka di berkongsi bersama. Kasih sayangnya serta pengorbanannya yang telah kau curahkan kepadaku tidak mampu untuk aku membalasnya. Tapi aku bersyukur, umurnya masih panjang dan masih diberikan kesihatan yang baik.