Hari ini genap sebulan aku berada di "2nd shift". Selama aku berada di shift petang, aku tidak mempunyai masalah berkomunikasi dengan kengkawan baru yang sedangkan sebelum ini aku sering menganggap mereka sebagai orang yang SOMBONG semasa aku bekerja shift pagi dahulu. Rupa-rupanya sangkaan aku salah. Bak kata pepatah " Tak kenal, maka tak cinta". JiKa di bandingkan shift pagi, mood untuk aku bergurau senda amat terhad. Ini kerana aku takut jika gurauan aku akan membuatkan pihak lain tidak menyenanginya kecuali orang-orang tertentu yang rapat dengan aku yang boleh melayan karenah aku. Aku hanya akan bergurau bila perlu saja.
Jika diingat kembali semasa aku hendak di tukarkan ke shift petang, aku amat marah sekali pada manager aku! ( walaupun pada hakikatnya gaji shift petang lebih besar dari shift pagi ). tapi kini aku amat berterima kasih pada manager aku sebab menukarkan aku pada shift petang. Tak di sangka ada hikmah di sebalik penukaran shift aku.......
Thursday, June 30, 2011
Wednesday, May 11, 2011
yANg tERinDAH HanYA SEMentAra
Suasana yang sunyi serta di buai dengan lagu-lagu yang menusuk kalbu telah membuatkan hati aku tersentuh. Aku rindu kenangan masa dulu. Semuanya indah belaka cuma sekali-sekala saja hati ini terluka. Tapi aku harus sedar bahawa YANG TERINDAH ITU HANYA SEMENTARA. Biarlah segala kenangan suka dan duka tersemat di dalam hati ini sampai hujung nyawa.
Dugaan demi dugaan aku lalui. Apa perlu aku buat?.Nak bersedih? nak gembira? semua itu tak bermakna bagiku.Apa yang aku inginkan dalam hidup ini adalah ketenangan serta kebahagiaan.Tapi...bila boleh aku kecapinya?.atau mungkin aku takkan ataupun tidak sempat merasainya sampai bila-bila.Kalau begitu elok aku pergi buat selamanya kerana dari situ titik noktah kehidupan aku akan berakhir. Tidak perlu menyusahkan orang lain yang asyik memikirkan akan perihal aku. Tapi.........kalau aku pergi, bagaimana pula nasib mereka yang masih memerlukan kasih sayang dari aku??..arrggghh..buntu di buatnya!!!Aku tidak sanggup insan yang aku sayangi mendapat kasih sayang dari orang lain kerana aku takut mereka tidak dapat kasih sayang yang ikhlas seperti mana kasih sayang yang aku berikan kepada mereka..Tapi itu semua ketentuanNYA.Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukannya.Aku sebagai hambaNya hanya berserah serta mendoakan tang terbaik untuk mereka dunia dan akhirat. Aminnn...

Monday, April 18, 2011
rODa kEHIDuPAN
Hidup ini bagai ibarat roda. Adakalanya di atas, adakalanya di bawah. Gembira..menangis..bersedih dan bermacam-macam lagi. Inilah di namakan RODA KEHIDUPAN.
Sedih hati sedih, pedih sangat pedih
Cobaan tumpang-tindih silih berganti
Luka hati luka, dalam sangat dalam
Air mata jangan tertumpahkan
Apa pun derita, apa pun sengsara
Kucoba tersenyum dan tersenyum lagi
Roda kehidupan dunia berputar
Mewarnai nasib manusiaSuka dan terkadang duka
Dalam kehidupan dunia
Tiada insan yang bebas dari cobaan
Baik bagi si Suami
Baik bagi Isteri
Lain orang lain ujian
Itulah keadilan Tuhan
Baik bagi Isteri
Lain orang lain ujian
Sunday, April 17, 2011
hATiNYa TErlUKa?
Apa harus aku buat? Bagaimana mana aku nak menghiburkan hatinya yang terluka? aku bukanlah seorang pelawak yang boleh menghiburkan hati orang. Aku cuma manusia biasa yang rendah darjatnya. Aku tak ingin dirinya terluka dan terus terluka. Aku cuba membuatkan dirinya bahagia? tapi bagaimana? aku ingin dia gembira sepanjang hidupnya di samping keluarga tercinta. Aku lebih rela hidup merana dari melihatnya terus terluka. Tapi mungkin aku tak sebaik yang disangkakan. Tanpa dia mungkin hidup aku tak sebahagia sekarang. Walaupun pada hakikatnya aku sering disalah tafsir. Mungkin pada fizikal orang pasti akan pandang rendah pada aku tapi pada zahirnya cuma ALLAH saja yang tahu maksud tersirat di dalam hati. Maafkan lah segala kekurangan yang ada pada diri aku ini. Aku tidak sempurna seperti yang kau inginkan tapi bagi aku kau adalah insan yang cukup sempurna dan boleh jadi pemimpin yang baik suatu hari nanti. Aku ingin terus hidup bersamamu sehingga hujung nyawa.
Subscribe to:
Posts (Atom)