Tuesday, March 16, 2010

Rombongan ke Kelantan (BHGN 1)



**Seperti yang di janjikan..dah ramai orang berkumpul di hadapan rumah mentua aku tapi tunggu punya tunggu bas pun belum tiba lagi..janji kul 8.30 mlm..tapi sampai 9.30 mlm bas pun belum tiba lagi. Oleh kerana bas lambat sangat sampai...aku bertolak dari kampung terlebih dahulu berbanding rombongan yang akan mengikut bas kerana aku perlu mengisi perut kereta (minyak)dan akan menunggu mereka di Ledang Height. Disamping itu, sempat juga aku membeli makanan ringan untuk bekalan sepanjang perjalanan nanti dan singgah ke kedai aksesori kereta membeli stiker P untuk di tampal di cermin kereta ..Sementara menunggu yang lain..sempat juga aku,suami,adik2 n anak2 berposing dalam kereta..
**Setelah menunggu selama setengah jam..akhirnya bas pun tiba dan kami pun mengekori dari belakang bas kerana suami aku tak tahu jalan nak pergi Kelantan..
**Sepanjang perjalanan,aku hanya sempat melelapkan mata sekejap saja kerana aku takut suami aku tertidur semasa memandu..dan menunggu sekiranya dia memerlukan khidmat aku untuk menggantikannya...tapi aku tabik suami aku..selama 15 jam perjalanan dari johor bahru ke Kelantan..dia langsung tidak memerlukan khidmat sesiapa pun..ada juga dia memerlukan khidmat adik aku setelah sampai di kelantan tapi dia pula tak berkenan cara adik aku memandu..jadi terpaksalah suami aku menyambung semula pemanduannya..
**Sepatutnya dalam masa 15 jam tu..kami dah pun sampai di salah satu rumah famili pengantin perempuan tapi semua rombongan itu ingin berjalan-jalan terlebih dahulu di sekitar kelantan.Kalau di ikutkan hati memang penat tak terkata dan ada yang sampai muntah kerana perjalanan yang agak jauh,meletihkan dan selama perjalanan itu juga semua rombongan belum mandi lagi.Itulah sebabnya kebanyakan mereka muntah oleh kerana tak selesa..

No comments:

Post a Comment