Wednesday, May 11, 2011

yANg tERinDAH HanYA SEMentAra

Suasana yang sunyi serta di buai dengan lagu-lagu yang menusuk kalbu telah membuatkan hati aku tersentuh. Aku rindu kenangan masa dulu. Semuanya indah belaka cuma sekali-sekala saja hati ini terluka. Tapi aku harus sedar bahawa YANG TERINDAH ITU HANYA SEMENTARA. Biarlah segala kenangan suka dan duka tersemat di dalam hati ini sampai hujung nyawa.
Dugaan demi dugaan aku lalui. Apa perlu aku buat?.Nak bersedih? nak gembira? semua itu tak bermakna bagiku.Apa yang aku inginkan dalam hidup ini adalah ketenangan serta kebahagiaan.Tapi...bila boleh aku kecapinya?.atau mungkin aku takkan ataupun tidak sempat merasainya sampai bila-bila.Kalau begitu elok aku pergi buat selamanya kerana dari situ titik noktah kehidupan aku akan berakhir. Tidak perlu menyusahkan orang lain yang asyik memikirkan akan perihal aku. Tapi.........kalau aku pergi, bagaimana pula nasib mereka yang masih memerlukan kasih sayang dari aku??..arrggghh..buntu di buatnya!!!Aku tidak sanggup insan yang aku sayangi mendapat kasih sayang dari orang lain kerana aku takut mereka tidak dapat kasih sayang yang ikhlas seperti mana kasih sayang yang aku berikan kepada mereka..Tapi itu semua ketentuanNYA.Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukannya.Aku sebagai hambaNya hanya berserah serta mendoakan tang terbaik untuk mereka dunia dan akhirat. Aminnn...

No comments:

Post a Comment