Rindunya aku kepada orang tua ku yang berada nun jauh disana. Bapa,mama, aji(nenek), atuk, makcik(mak tiri) & adik-adik ku.Apa khabar mereka sekarang? walaupun pada hakikatnya mereka sering menghubungi ku dan mengatakan mereka sihat walafiat. Tapi tidak sama kalau mereka berada di depan mata. Kalau boleh aku ingin mereka tinggal dekat denganku.
BAPA..semua sms yang bapa telah hantarkan kepadaku telah ku simpan buat kenangan. Aku akan ingat sampai bila-bila. Aku tidak menyangka sms mu itu boleh membuatkan hatiku sebak serta terharu. Walaupun sampai sekarang otak aku dah macam di set kan dan boleh menghafal setiap perkataan yang ada dalam sms mu itu. Setiap kali membaca sms mu itu pasti aku akan menangis bercampur gembira kerana kau telah luahkan segala yang bermain di fikiranmu.
MAMA..bila mendengar lagu NAFAS CINTA,hatiku pasti akan menjadi sebak dan pilu. Sekarang ini hubungan kita dah pun semakin akrab. Selama kau tinggal denganku walaupun seketika, aku amat merasakan saat-saat bahagia ketika bersamamu. Aku amat merinduimu. Barulah sekarang aku merasakan kasih sayang seorang ibu walaupun sebelum ini aku tidak pernah merasakan. Walaupun pada hakikatnya kita pernah dipisahkan. Aku amat merindui jeritan yang sering ku lemparkan bila mencari sesuatu barang yang ingin aku pakai sedangkan hakikatnya aku tidak pun mencari sendiri barang kepunyaanku. Mesti aku akan mencari mak juga untuk mendapatkannya.Masa itu jugalah aku dapat bermanja dengan ibu ku sendiri.
AJI...nama itulah yang sering aku panggil sedangkan hakikatnya dia adalah nenek yang selama ini menjaga ku dari kecil sehingga dewasa. Dia jugalah merupakan doktor ku yang sering merawat ketika aku dalam kesakitan. Dia juga doktor gigi yang sering mencabut gigi ku sendiri. Dia juga lah tempat ku menangis,meluahkan perasaan di kala aku kesedihan Memberikan ku pendidikan agar jadi manusia berguna. Orang di sekeling sering memberikan pandangan negatif terhadapku tapi hanya nenek ku menjadi pendorong ku dan akan menasihatiku supaya jangan pedulikan apa mereka kata. Banyak kenangan manis sepanjang aku bersamanya. Suka duka di berkongsi bersama. Kasih sayangnya serta pengorbanannya yang telah kau curahkan kepadaku tidak mampu untuk aku membalasnya. Tapi aku bersyukur, umurnya masih panjang dan masih diberikan kesihatan yang baik.



No comments:
Post a Comment