Lepas saja makan malam,aku ajak adik aku pergi Plaza Angsana.Lagipun kalau duduk dirumah aku rasa bosan sangat.Aku beritahu suami aku pasal hasrat aku nak pergi Plaza Angsana.Suami aku tak jawab pun pertanyaan aku sebab dia tengah asyik main playstation.Tapi aku tahu yang dia dengar apa yang aku cakap tadi cuma dia malas nak layan karenah aku.
Aku tanya sekali lagi,tapi belum ada jawapan.Aku sengaja lalu lalang kat depan dia supaya dia jawab pertanyaan aku.Akhirnya suami aku pun buka juga mulutnya yang berat sangat nak jawab permintaan aku tadi.Aku tanya sekali lagi"abang,jom kita pergi Angsana?"Lepas tu dia tanya aku"ala,malaslah nak pergi Angsana!"Aku cepat-cepat keluar dari bilik lalu menyuruh adik aku bersiap sedangkan suami aku dah pun cakap yang dia malas nak keluar rumah.Tapi aku tahu suami aku tu mulut saja cakap macam tu.Aku sengaja suruh adik aku bersiap dan aku pun bersiap juga supaya bila dia tengok aku dan adik dah bersiap pasti dia akan pergi sekali.Akhirnya permintaan aku dipenuhi..hehehe..Bila aku menjengah ke bilik,aku tengok suami aku pun dah bersiap.Dengan senang hati aku menyuruh anak-anak aku shutdown komputer dan matikan TV kerana pada masa tu Along(anak perempuan)tengah sibuk main komputer dan Aiman(anak lelaki) pulak tengah kusyuk tengok cartoon.
Tujuan sebenar aku nak pergi Plaza Angsana adalah semata-mata nak survey baju untuk adik aku pakai masa bertunang nanti.Sebab setahu aku,kat Plaza Angsana memang banyak pilihan.Sampai saja kat Angsana,suami aku turunkan kami kat depan pintu masuk.Sementara menunggu suami aku parking kereta,aku sempat juga masuk ke salah satu kedai yang menjual pelbagai jenis baju.Aku dan adik aku amat tertarik dengan ssepasang baju yang sesuai di pakai semasa majlis pertunangan itu nanti.Kebetulan pada masa itu,ada orang lain sedang mencuba baju tersebut.Aku tanya pada wanita itu"berapa harga sepasang baju ni?"lalu dia pun membalas pertanyaan aku."Baju ini berharga RM650 sepasang"Alangkah terkejutnya aku bila mengetahui harga sepasang baju itu. Adik aku pun melupakan niatnya untuk membeli baju tersebut.Lantas itu,kami pun beredar dari kedai tersebut. Aku call suami aku sama ada dia dah dapat parking kereta atau tidak dan aku tanya sekali sama ada dia nak ikut aku survey baju .Nasib baiklah dia cakap kat aku dia tak nak ikut.Kalau tidak..pasti dia akan boring.
Dari satu kedai ke satu kedai aku mencari tapi semuan harga tidak sesuai dengan budget yang kami ada. Kami pun melupakan niat untuk membeli baju pada malam itu.Adik aku mengajak aku pergi kedai yang menjual bahan-bahan untuk membuat barang hantaran. Sebelum ini,aku pun ada survey kedai barang hantaran di Taman Perling. Bila aku bandingkan harga,aku rasa harga di Plaza Angsana murah sedikit jika dibandingkan dengan di Taman Perling.Tanpa berfikir panjang,aku pun terus membeli bahan-bahan yang aku perlukan untuk membuat barang hantaran adik aku nanti.Yang kelakarnya,pilih punya pilih sambil di bantu pekerja kedai itu,masa aku nak pergi kaunter pembayaran,rupa-runya duit kat dalam wallet aku cuma ada RM 10 sahaja..hehehe..Nasib baiklah aku ada ATM card. Kalau tidak malu aku di buatnya..hehehe..Aku cakap kat adik aku yang dia kena berkorban dari tingkat 3(kedai)turun ke bawah ambil duit kat mesin ATM.Mulanya dia agak malas nak pergi.Aku paksa juga dia pergi kerana yang nak bertunang tu dia bukannya aku..hi..hihi..
Setelah selesai membeli bahan-bahan untuk membuat hantaran,kami pun ingin terus pulang kerana semua kedai kat Plaza Angsana dah nak tutup. Masa dalam perjalanan nak turun ke tingkat bawah, hati aku terdetik nak singgah semula ke kedai baju yang pertama kami kunjungi tadi. Aku tengok pekerja di kedai itu tengah berkemas nak tutup kedai. Nasib baiklah tuan punya kedai sudi melayan kami. Aku tanya sekali lagi harga baju tapi baju yang lain dari baju yang kami berkenan itu.Tapi nak buat macam mana,budget kami kecil,barang-barang bertunang belum lagi beli dan masa bertunang pun dah nak dekat kenalah berjimat sikit..Selepas menanyakan harga baju yang murah itu,aku menanyakan sekali lagi harga baju yang kami berkenan tadi.Syukur alhamdulillah....rupa-rupanya baju tu ada lagi yang lebih murah. Masa pertama kali aku tengok baju tu,baju kebaya itu agak panjang sampai ke paras lulut(bahagian belakang baju).Kalau panjang baju tu sampai paras punggung harganya murah sedikit.Tanpa berfikir panjang,aku pun panggil adik aku untuk mencuba baju tersebut.Baju tu memang cantik lebih-lebih lagi kalau aku yang pakai baju tu .Dah macam Miss Kampung hehehe...Aku pesan kat adik aku supaya diet sikit....takut baju tu tak muat nanti.Aku juga membeli selendang sedondon dengan baju tadi. Setelah selesai membuat bayaran,kami pun balik dengan hati yang senang.
No comments:
Post a Comment