Wednesday, December 16, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah..itu saja ucapan yang terkeluar dari mulut aku.Akhirnya masalah yang timbul di antara pembantu(Effa) aku dah pun selesai.Persoalan yang bermain di fikiran aku dah pun terjawab.Aku tidak menyangka yang rakan sekerja aku sanggup menikam aku dari belakang dan memburukkan nama aku pada Effa. Kalau orang yang memburukkan aku itu seorang perempuan aku rasa itu sudah lumrah tapi yang mengata aku dari belakang adalah seorang lelaki yang memang tidak tahu malu langsung. Tapi,semua staf kat tempat kerja aku memang sudah tahu akan perangai Pak Tam ini. Cuma Effa saja belum kenal siapa sebenarnya Pak tam ini kerana Effa belum sampai sebulan bekerja di mana aku bekerja.Aku lebih suka panggil dia Pak Tam kerana ada maksud disebalik nama itu. Aku menjadi hairan kenapa Effa tiba-tiba saja nak berhenti kerja sedangkan dia langsung tidak menunjukkan rasa tidak puas hati semasa bekerja. Tapi,yang peliknya bila aku panggil dia datang ke pejabat aku ataupun ingin meyuruh dia membuat sesuatu,dia asyik meninggikan suara seolah-olah aku ni ada buat salah kat dia. Sehinggalah bos aku panggil aku masuk ke pejabat dia untuk menanyakan tentang surat perletakan jawatan yang Effa telah berikan.Bos aku beritahu kat aku yang tujuan dia nak berhenti semua disebabkan aku.Aku menjadi pelik Aku cakap kat bos aku yang aku tak kisah pun kalau dia nak berhenti.Aku boleh cari staf yang baru untuk menggantikan Effa.Tapi,pada masa itu hanya Tuhan saja yang tahu betapa marahnya aku pada Effa.Sehinggalah pada keesokan harinya bos aku memanggil aku dan juga Effa untuk berbincang. Masa dalam perbincangan itu aku marah yang teramat sangat dan menunjukkan rasa ketidak puasan aku pada Effa dan Effa pun bersikap yang sama. Aku cakap kat Effa "kalau kau nak berhenti aku pun tak kisah.Sepatutnya kau kena berbincang dengan aku dulu apa yang berlaku.Ini tidak,kau terus saja membuat keputusan sendiri".Selepas aku cakap macam itu,aku pun beredar dan aku pesan kat Effa supaya datang ke pejabat aku.Selang 5 minit,Effa pun masuk ke pejabat aku.Aku dengan rasa tidak puas hati lagi menanyakan bahawa kenapa dia rasa tidak puas hati terhadap aku.Effa pun menceritakan hal sebenar kenapa dia sangat marah kat aku.Setelah mendengar pengakuan dari Effa,aku terus tergelak dan Effa pun rasa hairan dengan perangai aku."Hah!Pak Tam tu cakap macam tu ke"?Effa pun mengangguk.Adakah patut Pak Tam tu mengata aku yang aku ini suka membuli Effa dengan meyuruh dia membuat kerja yang sepatutnya bukan kerja dia.Rakan sepejabat aku yang mendengar pun turut tergelak.Aku dan rakan sepejabat aku pun memberitahu kat Effa siapa sebenarnya Pak Tam itu.Setelah mendengar penjelasan aku itu,Effa pun terus meminta maaf atas apa yang berlaku. Aku pesan kat Effa supaya dia lebih behati-hati terhadap Pak Tam itu.Mujurlah Effa tidak jadi berhenti.Kalau tidak cuak juga aku dibuatnya.Kalau nak cari staf baru memang senang tapi yang nak mengajar tentang selok belok pasal akaun aku juga yang susah.

No comments:

Post a Comment