Tuesday, July 6, 2010

Majlis Bertingkuang

Setelah selesai majlis perkahwinan sebelah pihak perempuan, kini tiba pula pihak lelaki buat Majlis Bertingkuang dan kata erti lain majlis menyambut menantu.
   Bukan seperti keluarga pihak lelaki yang ramai datang ke kampung aku untuk memeriahkan majlis. Aku hanya mengundang orang-orang tua terdekat saja sebab bajet aku tidak cukup.Tapi yang hanya datang cuma mak,mak uda,nenek,makcik,pakcik .Cuma sepupu aku yang sanggup datang dengan bajet sendiri. Malangnya,bapa,atuk & makcik aku iaitu orang kuat masa majlis perkahwinan adik aku tidak dapat datang disebabkan masalah yang tidak boleh di elakkan.
  Alhamdulillah..sampai juga mereka ke Johor Bahru dan juga keteratak buruk aku. Nenek & mak aku dah pernah datang JB.Cuma makcik & pakcik aku belum pernah menjejakkan kaki ke Johor Bahru. Aku harap mereka selesa tinggal di rumah aku yang tidak seberapa itu.
  Kini tiba pula majlis bertingkuang. Famili aku cukup teruja ingin melihat adat perkahwinan orang Johor kerana sebelum ini mereka pernah mendengar cara & adat di Semenanjung dan Sabah tidak sama. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar. Mereka memang rasa ada kelainan kerana pihak pengantin akan di hiburkan dengan silat sebelum ke pelamin & juga ada makan beradab.Di Sabah tidak ada seperti itu. Kalau yang ada itu pun tengok suku kaum masing-masing kerana lain suku kaum lain juga adat mereka.
  Apa yang mengelikan hati aku sepanjang majlis itu berlangsung, aku agak hairan kenapa famili aku tidak mahu memakan telur yang di berikan oleh pihak pengatin lelaki.Langsung aku bertanya pada salah seorang makcik aku. " mak,(makcik pun aku panggil mak) nape tidak makan telur tu?. "lantas makcik aku menjawab dengan nada yang agak perlahan kerana takut di dengari oleh tuan rumah. "Telur ni tidak boleh makan sebab telur dah busuk!" aku pun ketawa terbahak-bahak. "Mak,telur ini bukannya busuk tapi warnanya memang macam tu sebab telah di rebus dengan ramuan lain.Rasanya pun sungguh sedap.Apakata mak rasa dulu telur ni?." Makcik aku yang rasanya agak pelik dan dia pun mencuba juga telur itu." wah,sedapnya rasa telur ini!".Selepas itu dia pun memberitahu famili aku yang lain.Baru lah mereka makan telur itu. Aku tengok mereka sangat gembira sepanjang majlis itu berlangsung.
  Ada satu perkara lagi yang menggelikan hati aku. Pada sebelah malamnya,aku agak pelik lihat famili aku sedang sibuk bersiap macam hendak pergi berjalan-jalan. Tapi tidak pula terdetik di hati aku untuk bertanya kerana pada masa itu aku tengah sibuk menonton rancangan kegemaran aku. Tiba-tiba mak aku pula yang bersuara. "oi makcik,dah pukul berapa ni,kau belum lagi bersiap?!" Aku pun pelik sambil famili aku yang lain sedang memperhatikan gelagat aku. " Buat apa nak bersiap dan hendak pergi mana?" Famili aku merenung kearah aku dengan pandangan yang agak pelik. "kita kan nak pergi umah pengantin lelaki untuk malam parti!" Aku pun tergelak besar. "hahahahaha....aku minta maaf lah sebab aku lupa nak beritahu yang kebiasaannya orang semenanjung tidak buat malam parti macam kita di sabah!"  Mak tiri aku pula mencelah."Jadi kalau pihak lelaki tidak buat malam parti,kenapa masih ada band boy?" Aku pun menjawab."Orang kat sini akan datang ke rumah pengantin untuk tengok orang menari,menyanyi...hahahahaha". Famili aku memarahi aku dengan menyalahkan aku kerana tidak memberitahu mereka. Tapi mereka marah-marah sayang je kat aku. Makcik-makcik aku pun terus menanggalkan baju dan tukar kain batik dan terus angkat tilam . Konon nak mogok kat aku lah tu.Tapi semangat mak,pakcik dan sepupu aku tidak berkubur begitu saja. Mereka teruja nak pergi tengok orang menari.Aku dan suami akan pergi lambat sikit sebab ingin menunggu rancangan secara langsung Mentor. Pakcik & sepupu aku pun telah pergi. Mak aku terpaksa menunggu kami selesai menonton rancangan Mentor baru akan pergi. Aku lihat makcik-makcik & nenek aku yang kecewa dengan aku itu telah pun di buai mimpi-mimpi indah.

No comments:

Post a Comment